Archive for August, 2011:


Konvoi Amal ASTRA

Published by on 2 August 2011

  Julung-julung kalinya Astra Pulau Pinang berjaya menganjurkan konvoi amal dengan mengunjungi rakan-rakan ham yang kurang sihat dan lama tidak kedengaran audio di frekuensi.  Pada hari ini sempena cuti umum Hari Pekerja iaitu 1 Mei 2012 seramai 23 stesen terlibat dalam konvoi amal kali ini.  Antaranya 9W2DBC, 9W2ICI, 9W2SPG, 9W2MSD, 9W2DHL, 9W2PVC, 9W2MYO, 9W2FZS, 9W2PTO, 9W2ZBP, 9W2CTT, 9W2SOB, 9W2MNP, 9W2TNY, 9W2PS, 9W2TNY, 9W2TNS, 9W2OKP, SWL-Panjang man, SWL-Saffuan dan saya 9W2BZI serta 2 stesen rakan 9W2DHL Konvoi bermula dipermulaan Jambatan Pulau Pinang seawal jam 8.30 pagi kemudian konvoi bertemu di base 9W2BZI pada jam 9.00 pagi.  Jamuan ringan dihidangkan dengan menu spontan sahaja.  Selesai bergambar konvoi bergerak ke base 9M2FK – Pak Eshee di Jalan Kelawai.  Setibanya di sana peserta konvoi menziarahi keadaan terkini Pak Eshee sambil-sambil menjengah peralatan radio beliau. Agenda seterusnya konvoi bergerak menyeberangi selat semula dengan melalui Jambatan Pulau Pinang sekali lagi.  Kali ini konvoi menuju ke Teluk Air Tawar untuk menziarahi 9W2MQ – Cikgu Mohd Akhir.  Alhamdulillah…beliau ceria menerima kunjunga peserta konvoi amal ini.  Setelah selesai bergambar dan bersalaman, konvoi bergerak meninggalkan Teluk Air Tawar dan menuju ke Kulim untuk menghadiri majlis aqiqah di base 9W2MNP junior. Setibanya di sana majlis dimulakan dengan tahlil ringkas dan solat

(Baca lagi…..)

Hakcipta Terpelihara www.ASTRA.org.my @ 2014