Archive for July, 2012:


Konvoi Amal ASTRA ke Rumah Anak Yatim Nurul ihsan Sg Siput, Perak

Published by on 15 July 2012

       Pada 15th Julai 2012, Komuniti Astra pulau pinang dan Komuniti ASTRA Perak yg di terajui oleh 9W2SOB dan beberapa NGO mengadakan konvoi amal ke rumah anak yatim Nurul Ihsan sg siput Perak. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran Jawatankuasa ASTRA pusat.      Majlis mendapat sambutan yang agak luar biasa dimana sebanyak 40 buah kenderaan dari pelbagai NGO termasuk dari kawasan tengah yang turut bersama menjayakan konvoi amal ini. Jawatan kuasa konvoi terpaksa mengunakan khidmat PDRM untuk membantu melancar dan memastikan keselamatan peserta konvoi.      Majlis turut mendapat sokongan dari Jabatan BOMBA dan Pemyelamat Malaysia. Sertinggi penghargaan kepada PDRM, BOMBA dan NGO seperti Persatuan Grand Lavina, PROSBOC, Persatuan Scutter Perak dan Persatuan Superbike bahagian Tengah dan lain2.

Hakcipta Terpelihara www.ASTRA.org.my @ 2014