CQDX Komuniti ASTRA Kulim – Mei 2014

Laporan Aktiviti CQDX Komuniti ASTRA Kulim 2014.


Komuniti ASTRA Kulim telah mengadakan aktivi CQDX menggunakan isyarat panggilan Persatuan Radio Amator Melayu Malaysia iaitu 9M4CHM pada 25 Mei 2014,kemudiannya memohon dilanjutkan tarikh penggunaan kepada 31 Mei 2014.


Objektif utama aktiviti ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan antara warga komuniti.Namun,pada tarikh yang ditetapkan sebahagian warga ada acara keluarga yang perlu dihadiri, namun aktiviti ini tetap juga diadakan.


Keadaan propagasi yang tidak menguntungkan sepanjang tarikh aktiviti telah membantutkan CQDX,hanya beberapa stesen yang dapat dihubungi.Ketinggian antenna juga memainkan peranan, antenna yang digunakan ½ wave dipole 40 meter ketinggian 10 kaki dan yagi 3 element 10 meter ketinggian 20 kaki. Lokasi aktiviti dijalankan di Pusat Aktiviti Masyarakat Islam Taman Selasih Fasa 3. Disini saya sertakan stesen yang berjaya dihubungi ;

Bilangan

Stesen

Mod

RS(T)

Jalur

1

PD7Z

PSK31

599

10m

2

R6WA

PSK31

599

10m

3

4X266POPE

USB

44

10m

4

YB0OKR

USB

58 QSB

15m

Ini merupakan aktiviti kami yang pertama, jutaan terima kasih kepada pihak Majlis Tertinggi ASTRA kerana membenarkan kami mengendalikan isyarat panggilan ASTRA untuk aktiviti tersebut. Walaupun aktiviti kali ini tidak memuaskan,diharap aktiviti masa akan datang mendapat sokongan pihak Majlis Tertinggi.

Bersama laporan ini saya sertakan lampiran senarai warga komuniti yang dapat hadir pada aktiviti yang diadakan.

Dilaporkan oleh,

 

9W2FLV - ZAINAL ABIDIN BIN GHAZALI

b/p Komuniti ASTRA Kulim

1  Jun 2014

 


Lampiran 1
.

Bil

Isyarat panggilan

Catatan

1

9M2RUL

Station Master

2

9W2WP

3

9W2DGW

4

9W2ADB

5

9W2ELB

6

9W2CRR

7

9W2WHB

8

9W2HMD

9

9W2FLV

10

9W2YRR


 

 






Hakcipta Terpelihara www.ASTRA.org.my @ 2014