Syarat Keahlian

PERSATUAN ini mempunyai empat (4) jenis keahlian iaitu :

.

a) Ahli Biasa
i. Terbuka kepada semua orang Melayu atau Bumiputera yang beragama Islam, warganegara Malaysia, lelaki dan perempuan yang tinggal dalam negeri Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Perak Utara, berumur 18 tahun ke atas dan memiliki Lesen Pemancaran Radio Amator (Amateur Radio Transmitting Licences) yang sah yang dikeluarkan oleh Jabatan Telekomunikasi Malaysia.

ii. Ahli Biasa juga apabila Lesen Radio Amatornya menjadi tidak sah atas apa-apa sebab sekalipun dan tidak dapat membaharuinya atas sebabsebab peraturan yang ditetapkan oleh Jabatan Telekomunikasi Malaysia maka jawatan (yang sepatutnya berkaitan dengan taraf keahliannya), hak mengundi, mencadangkan dan mencalunkan adalah terlucut.

iii. Mana-mana Ahli Biasa juga yang Lesen Radio Amatornya terbatal atau menjadi tidak sah, maka Jawatankuasa PERSATUAN dengan syor Setiausaha Kehormat berhak sama ada menamatkan keahliannya atau menurunkan taraf keahliannya atau lain-lain tindakan.

.

b) Ahli Seumur Hidup
Terbuka kepada semua Ahli Biasa yang membayar yuran secara sekaligus sebanyak RM 250.00 (Ringgit Malaysia Dua Ratus Lima Puluh sahaja). Ahli Biasa dan Ahli Seumur Hidup mempunyai hak yang sama dan mereka boleh mengundi dan diundi di dalam Mesyuarat Agung PERSATUAN.

.

c) Ahli Bersekutu: Terbahagi kepada dua (2) jenis keahlian iaitu

( Rujukan pindaan PPP/PPRK 019/97(6) bertarikh 3 June 2011)

i) Terbuka kepada semua orang Melayu atau Bumiputera yang beragama Islam, warganegara Malaysia, lelaki dan perempuan yang tinggal di luar negeri Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Perak Utara, berumur 18 tahun ke atas dan memiliki Lesen Pemancaran Radio Amator (Amateur Radio Transmitting Licences) yang sah yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM). Mereka ini berhak mengundi tetapi  tidak boleh diundi untuk memegang jawatan dalam PERSATUAN.

ii) Terbuka kepada semua orang Melayu atau Bumiputera yang beragama Islam, warganegara Malaysia, lelaki dan perempuan yang tinggal di negeri Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Perak Utara atau di luar negeri Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Perak Utara, berumur 18 tahun ke atas dan berminat dalam sains radio amator (Pendengar Gelombang Pendek – Short Wave Listener) tetapi tidak memiliki Lesen Pemancaran Radio Amator (Amateur Radio Transmitting Licences) yang sah yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM). Mereka tidak berhak mengundi dan tidak boleh diundi untuk memegang jawatan dalam PERSATUAN.

.

d) Ahli Kehormat

i. Ahli Kehormat adalah diberikan kepada orang perseorangan yang telah berjasa kepada PERSATUAN setelah diputuskan oleh Jawatankuasa PERSATUAN.

ii. Ahli Kehormat tidak dikenakan sebarang bayaran masuk dan yuran  tahunan, akan tetapi Ahli Kehormat adalah berhak menggunakan apa-apa kemudahan PERSATUAN. Ahli Kehormat adalah tidak dibenarkan memegang apa-apa jawatan dan mengundi di dalam Mesyuarat Agung.

iii. Taraf Ahli Kehormat boleh juga diberikan kepada Penaung dan Penasihat-Penasihat PERSATUAN.

5.2 Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadang dan disokong oleh dua orang ahli dan dihantar kepada Setiausaha Kehormat yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa PERSATUAN untuk diluluskan. Jawatankuasa boleh mengikut budibicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya.

5.3 Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti tersebut di atas hendaklah setelah membayar bayaran masuk dan yuran tahunan pertama atau membayar yuran seumur hidup seperti yang ditetapkan diterima menjadi ahli PERSATUAN dan berhaklah ia sebagai ahli.

5.4 Seorang pelajar Universiti atau Kolej Universiti tidak boleh diterima menjadi ahli PERSATUAN ini kecuali ia telah dibenarkan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor Universiti yang berkenaan yang diperolehi sendiri oleh pemohon.

Bookmark and Share





Hakcipta Terpelihara www.ASTRA.org.my @ 2012