Maksud Logo

 

Bingkai lambang PERSATUAN adalah berbentuk “parabola” dengan di dalamnya terdapat “antenna” dan “earth” yang melambangkan kegiatan radio amator iaitu kegiatan utama PERSATUAN. Di dalamnya terdapat perkataan ASTRA yang merupakan singkatan “The Malay Amateur Radio Society of Northern Peninsular Malaysia” dalam bahasa Inggeris yang merupakan bahasa pengantar dalam bidang radio amator.

Warna biru melambangkan paduan antara langit, laut dan bumi yang melambangkan perpaduan. Warna Kuning bermaksud pemerintahan beraja dan padi yang merupakan hasil utama negeri-negeri kawasan utara. Warna merah melambangkan keberanian, kegigihan dan kecekalan ahli PERSATUAN menghadapi pelbagai cabaran. Warna putih melambangkan kebersihan, keikhlasan dan keluhuran PERSATUAN dalam mengembangkan bidang radio amator kepada orang Melayu.






Hakcipta Terpelihara www.ASTRA.org.my @ 2014