Tujuan Penubuhan

 

  • Meningkatkan pengetahuan sains dan amalan komunikasi radio amator bagi menggalakkan pertukaran maklumat di antara sesama ahli serta melindungi kepentingan bersama.
  • Mengadakan sebarang perjumpaan ahli-ahli PERSATUAN mengenai latihan dan perbincangan mengenai komunikasi radio amator serta menerbitkan buletin bulanan mengenai sains radio serta amalan yang berkenaan.
  • Memupuk semangat perpaduan di samping menanam tatacara hidup berdikari sambil mengenali prinsip hidup berdisplin di kalangan ahli-ahli PERSATUAN serta menggalakkan minat orang ramai dalam bidang sains radio amator.
  • Memberi khidmat bakti kepada masyarakat sekeliling dalam kerja-kerja alam luas kemasyarakatan dan perkhidmatan kebajikan, aktiviti sosial dan lain-lain aktiviti yang berfaedah dalam bidang sains radio amator.
  • Mengadakan perhubungan kerjasama dengan lain-lain persatuan dan kelab yang sah dalam menjalankan kegiatan bersama.
  • Menyatu, menyusun dan mengembeling tenaga serta menjalankan kegiatan atau aktiviti yang tidak bercanggah dengan Undang-Undang Negara bagi mencapai matlamat PERSATUAN khasnya dalam bidang pembangunan sains radio amator untuk negara.
  • Menerima sebarang hadiah, derma, sumbangan, dan lain-lain yang diberi kepada PERSATUAN untuk kegiatan dan kemajuan PERSATUAN.
  • Mengadakan perundingan dan kerjasama dengan PIHAK KERAJAAN dalam semua perkara yang berkaitan dengan syarat-syarat perlesenan radio amator kepada ahli-ahli.
  • Memajukan pengetahuan tentang aspek-aspek dan latihan dalam bidang komunikasi secara amator sebagai teknologi dan kemajuan masakini dan masa depan.
  • Berusaha menyediakan peralatan, rumah PERSATUAN, bengkel dan segala kemudahan dengan menggunakannya dan menjaga harta tersebut untuk digunakan oleh ahli.
  • Merupakan satu badan yang memberi latihan tentang komunikasi serta menjalankan pemancaran dan penerimaan siaran mengikut Akta yang dibenarkan oleh Kerajaan Malaysia.

 

 

 






Hakcipta Terpelihara www.ASTRA.org.my @ 2014